

Strange Girl Diary…
My Lovely Live Blogging Area
Archive for the 'Puisi & Sajak' Category
Suara AZAN…
Author: Akuro San
AZAN…
Masihku ingat Azan itu
Azan itu bergema diawal pagi bulan Ramadhan
Yang malamnya bersejarah
Azan itu..
Membangunkan tubuh yag lesu
Menenangkan hati yang lara
Meredakan tangisan disepanjang malam
Bagaikan satu keajaiban
Masihku ingat pemilik suara Azan itu
Yang menambat hati ini
Yang juga penghancur jiwa ini
Ya Allah, apakah hikmah disebalik sejarah ini?
Sejenak terkenang,
Hati ini bergetar kembali….
**Idea tercetus…
12.00tgh hari, 23/3/2012- Ladies Crew Room, Line 8. MAS Subang…
sebenarnya, aku terkenang ‘kisah lama’ waktu membaca novel nukilan budak apperentice MAS,’Transit Cinta- Iqbal Syarie’…
itu yg membuatkan sajak diatas terhasil…
read comments (0)Negara Islam- Siapa Yang Ambil Tahu?
Author: Akuro San
Disekelilingku,
Tiada sesiapa yang mengambil tahu,
Cuba untuk bercerita,
Hakikatnya tiada sesiapa yang mahu mendengar,
Kereta, fesyen dan cinta lebih menjadi topik pilihan.
Ingin aku luahkan, rasa bimbangku pada dunia,
Satu demi satu negara rakan se’agama kita ‘bergegar’,
Tidakkah terfikir, satu masa kelak
sampai ‘gegaran’ yg sama dinegara kita?
Sekiranya benar,
akan hanya ada 3 kuasa utama yg bertakhta didunia kelak,
di’kuasa’ manakah yg kita ingin berada?
DUNIA ISLAM, CHINA, atau AMERIKA?
** Luahan hati (news feed FB pd 9/3/2012, jam 4.56pm..) selepas mengikuti “Forum SYIRIA Pedulikah Kita?” di USIM.. kemudian esoknya, teringin nak bercerita mengenai info dlm forum tersebut dekat rakan sekerja, tapi… tak der sesiapa pun nak mendengar~
Sudah-sudah Lah…
Author: Akuro San
Sudah-sudahlah wahai hati
Jangan dilayan perasaan lagi
Sekiranya cinta benar hadir
Biarlah hadir dengan jodoh cinta Ilahi
Sudah-sudahlah wahai ‘bayang’
Jangan kau ikut langkahku ini
Biarkan hujan berpanjangan
Biarkan banjir menyerang
Namun jangan benarkan ‘si bayang’ datang…
**FB news feed ’23 Jan 2012′, jam 3.51pm~
rangkap pertama terhasil lebih awal, iaitu pada 22/12/2011, jam 7.00pm~
sajak terhasil setiap kali terjumpa insan yg sama..
yg membuatkan hati berdebar…
Sajak Musafir Lalu
Author: Akuro San
Suasana kelam, hanya mampu bertindak mengikut naluri,
Di sini kesabaran mungkin teruji,
Dihulu menunggu masa untuk MENYUMPIT,
Dihilir menunggu masa untuk MENYABIT,
Langkah yang diambil perlu bijak dan berhati-hati,
Moga kelak tidak terperangkap dan menyusahkan diri,
Kerna aku hanya MUSAFIR LALU disini….
** Ada suatu peristiwa di Line 6 yang berlaku didepan mata aku pagi tadi. Dan peristiwa itu menimbulkan beberapa persoalan dihati aku. Tapi aku biarkan saja persoalan itu bertakung di kotak pemikiran… Aku jadi kurang pasti, apa sebenarnya ‘kedudukan’ aku dimata rakan-rakan sekerja ku disini. Sajak ini terhasil dikala aku cuba menyedapkan hati sendiri. Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak duga… Apa yang pasti tempat ini bukan tempat aku. Aku hanya MUSAFIR LALU, yang menumpang mencari rezeki disini… Tak perlu sakit hati dengan sesiapa.. ok…
Sajak ‘Gerhana Bulan’ 10/12/2011
Author: Akuro San
Termenung aku memandang langit
Duduk bersantai seorang diri
Orang lalu lalang hanya memerhati
Desis mereka didalam hati
“Mereng ker aper awek nih?”
Bulan gerhana, kilat berkelip
Angin bertiup, awan mendung tersisih
Berselang-seli menutup cahaya bulan disisi
Akhirnya ia pergi membiarkan bulan beraksi..
Iphone 3Gs memang tak memuaskan hati
Nak rakam gambar tak jadi
Nak tangkap video, hampeh sekali
Apa nak buat, hanya tonton dgn mata kepala sendiri …
**Sekian, Sajak “Gerhana Bulan” malam ini…
Jambatan Berkaca…
Author: Akuro San
Kadang-kadang terfikir,
PANJANGNYA JAMBATAN…
Entah bila nak sampai ke penghujungnya~
Jambatan yg dilalui bukan jambatan biasa.
Tapi jambatan yg penuh dgn serpihan kaca.
Setiap kali bertatih, kaki berdarah.
Kadang-kadang rasa nak berhenti, tak nak bertatih lagi.
Tapi kalau berhenti, sampai bila-bila pun takkan jumpa penghujung jambatan.
Jadi, terpaksa jalan gak…
Kalau dah tak larat jalan dgn kaki, jalanlah pakai lutut.
Kalau tak boleh dgn lutut, jalanlah dgn tapak tangan.
Kalau tak boleh dgn tapak tangan, jalanlah dgn siku…
Wallahua’lam~
**Pinjam ayat Shah Izzuddin, “Orang single selalu kena fitnah…”
‘Petikan dr FB, 2 Disember 2011… 9.00pm…’
Diam, Kaku…
Author: Akuro San
Aku adalah insan
Yang menunggu di persimpangan
Tidak berbuat apa
Hanya menunggu dipersimpangan
Hati terdetik untuk melangkah
Namun kaki terpasung tidak bergerak
Jiwa merayu untuk merubah
Namun jasad tetap tidak melawan
Mengapa aku terlalu lemah?
Tiada sesiapa yg menjawab
Mengapa aku tidak bergerak?
Tiada pemangkin yg menyedarkan~
** News Feed FB “21 Oktober 2011- 10.47pm”…
Maafkanlah Pemaaf…
Author: Akuro San
MAAF…
Jadilah seorang yg PEMAAF wahai sahabatku
Tidakkah kau tahu,
Sedangkan RASULLULLAH S.A.W pun mengampuni umatnya…
MAAF…
Jadilah insan yg PEMAAF wahai saudara darah dagingku
Tidakkah kau tahu,
NABI YUSUF yg pernah dikhianati oleh adik-beradiknya,
Tetap membantu adik-beradiknya yg berada dalam kesusahan…
MAAF…
Jadilah seorang yg PEMAAF wahai ibu bapa ku
Tidakkah kau tahu,
Kemaafan yg kau berikan padaku akan mengurangkan seksaan
Dikala nyawaku hendak ditarik oleh Izrail
Jikalau aku ditakdirkan pergi sebelum mu…
**Idea keluar waktu sedang makan malam di ‘The Summit USJ’, sambil memperhatikan sekumpulan family yg sedang makan sambil mengambil gambar didepan meja tempat aku makan…
~Wall FB pada “16 Oktober 2011- 1.12am”~
