Jul 3, 2011 - Live Blogging    No Comments

Tv LED Samsung Kini Menjadi Teman Ku



Posting Bertarikh: 3 Jul ’11, 9.16pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs

Setelah mengumpul budget dan membuat survey selama beberapa bulan, akhirnya pd hari Jumaat yg lepas, berjaya juga aku menyambar Tv LED Samsung 32′ ini di kedai Sen Heng yg terletak di deretan kedai Subang Perdana dihadapan Apartment tempat aku menyewa. Lebih kurang pukul 6.30pm semalam, Tv LED ini dihantar oleh pihak Sen Heng ke rumah tempat aku menyewa. Mereka siap pasang dan setting kan channel Tv lagi tu.. Jadi aku dah tak perlu nak susah payah utk cari channel. 
Ok, apa yg menarik mengenai Tv yang aku beli nih, ianya Tv LED Samsung 32′, Series 4, 4000. Bingkai Tv nipis, boleh cucuk USB utk baca picture, movie, & mp3. Ada 4 slot HDMI, Digital Noise Filter, Crystal Design, dan tersedia 1 remote control untuk kemudahan pengguna. 
Kenapa aku beli Tv nih dekat Sen Heng? Ok, sebenarnya dah banyak tempat aku survey Tv nih. Plan memula aku dulu, aku nak sambar Tv LCD Panasonic. Tapi bila aku banyak kali survey, harga Tv LCD makin turun, begitu juga dgn harga Tv LED. Memandangkan ‘bulan perayaan’ dah nak dekat, aku yakin pasti ada kedai yg akan buat harga promosi utk perayaan. Jadi aku ubah plan dr nak sambar LCD ke LED. Yelah, alang2 nak beli tu, biar yg berbaloi. Tak gitu? So, aku buat survey. Dari Pasaraya Giant, Tesco, Courts, Carefore, Kedai Samsung di Sunway Pyramid dan beberapa kedai elektrik di area tempat aku tinggal. Aku dapati, mereka majoriti letak harga Tv LED 32′ Samsung pd harga Rm1799 dan Rm1899. Bila aku survey di Sen Heng, dia letak harga Rm1699. Seorang bro di kedai Sen Heng tu beritahu, Rm1699 tu adalah harga utk ahli Sen Heng, jika kita jadi ahli dan beli Tv tu, kita akan dpt point rm100. Jika nak terus guna point Rm100 tu, maka Tv yg harga Rm1699 tu akan jadi Rm1599. Untuk jadi ahli Sen Heng, kena bayar Rm12.
So, akhirnya aku beli juga Tv LED tu di Sen Heng memandangkan aku rasa itulah harga yg paling ok yg aku jumpa buat masa ini. Lepas tu masa nak bayar, bro Sen Heng tu kata ada potongan apa tah, jadi dpt lah harga Tv tu Rm1549… 
Sejak dah ada Tv nih. Aku tak rasa bosan dah utk lepak kat rumah. Dari mlm semalam, aku asyik layan movie jer. Apa tak nyer, hanya cucuk external hardisk, aku dah boleh layan pelbagai movie yg berada dlm simpanan aku. Tak perlu ada DVD Player dah.. Tv nih aku letak di ruang tamu. Tak nak letak dlm bilik sebab nanti bilik aku jadi sempit. Rak Tv, tak der. Ini aku guna rak buku, aku baringkan, kasi dia ‘menyamar’ jadi Rak Tv utk sementara. Huhu~ Ok lah, cukuplah tu… panjang lebar lak aku citer pasal Tv nih. Chau dulu~ ;)

Got anything to say? Go ahead and leave a comment!

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)